
Kerajaan Negeri Selangor, dengan kerjasama AWS, melancarkan Makmal Inovasi AI.
Matlamat kami adalah jelas; untuk memahami cabaran utama yang dihadapi oleh agensi kerajaan dan meneroka bagaimana teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dapat membantu meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada rakyat, perniagaan, dan penjawat awam di Selangor.
Kami ingin mendengar pandangan anda. Perkongsian input dan pengalaman anda berperanan penting dalam membentuk masa depan penyelesaian AI di Selangor – agar ia lebih inklusif, berimpak, dan relevan kepada keperluan sebenar negeri.
Kongsi Idea anda untuk menambah baik perkhidmatan awam.
Suara anda penting dalam membimbing projek AI yang akan memperkukuh perkhidmatan awam negeri.
Kongsi pandangan anda melalui tinjauan ini dan daftar minat untuk menyertai latihan percuma daripada AWS.
Sijil penyertaan disediakan untuk kedua-dua kursus: AWS Cloud Practitioner Essentials (ada peperiksaan) dan AWS Agentic AI Foundations (tiada peperiksaan).
Baucer peperiksaan disertakan secara percuma untuk pensijilan AWS Certified Cloud Practitioner.
Tempat terhad — daftar segera sebelum penuh!























